Doa Menghindar Penyakit Berjangkit

>> Khamis, 6 Ogos 2009

Penyakit berjangkit semakin merebak dewasa ini.
Salah satunya H1N1 atau Selsema Babi.
Sebagai umat Muslim kita digalakkan untuk berdoa sebagai benteng perlindungan daripada ancaman penyakit sebegini.

Berikut adalah doa yang diajar oleh para ulama untuk menghindar penyakit berjangkit.Sama-sama kita amalkan semoga diri,keluarga dan masyarakat kita terhindar daripada bahaya penyakit tersebut.




Read more...

Amalan Pelajar Cemerlang

>> Selasa, 4 Ogos 2009

Amalkan doa-doa berikut untuk menjadi pelajar cemerlang.

سُوۡرَةُ الاٴنبیَاء

Surah Al-anbiya’ ayat 79

Dibaca sebagai doa supaya mudah menghafal
Ayat ini menceritakan tentang kefahaman dan kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Sulaiman a.s.
AMALKAN MEMBACA SEBANYAK 1O KALI SEBELUM TERBIT MATAHARI SETIAP PAGI

فَفَهَّمۡنَـٰهَا سُلَيۡمَـٰنَ‌ۚ وَڪُلاًّ ءَاتَيۡنَا حُكۡمً۬ا وَعِلۡمً۬ا‌

(وَسَخَّرۡنَا مَعَ دَاوُ ۥدَ ٱلۡجِبَالَ يُسَبِّحۡنَ وَٱلطَّيۡرَ‌ۚ وَڪُنَّا فَـٰعِلِينَ (٧٩



Maksudnya:
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. (Al-Anbiya:79)



سُوۡرَةُ طٰه

Surah To-ha ayat 114

Dibaca sebagai doa tambah ilmu
Doa Rasullah s.a.w ketika malaikat Jibrail a.s menyampaikan wahyu dan mengajar baginda membaca dan menghafal.
Baca sekerap mungkin waktu menghadiri kulih atau waktu mentelaah pelajaran,mohon agar mudah faham,dan diberkati ilmu yang dipelajari.

(وَقُل رَّبِّ زِدۡنِى عِلۡمً۬ا (١١٤

Maksudnya:
Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. (Ta-Ha:114)

Read more...

Mari Baca Al-Quran

>> Ahad, 2 Ogos 2009

Al-Quran adalah penyuluh jalan yang lurus.
Bacalah dan fahamilah ia semoga ia akan memberi ketenangan dunia dan ahirat.

Klik DI SINI

Read more...

H1N1 punya pasal

>> Jumaat, 31 Julai 2009

36 lagi kes baru dilaporkan, IPGTB pun terpaksa tutup.

PUTRAJAYA 30 Julai - Sebanyak 36 kes baru selesema babi atau influenza A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara hari ini dengan kesemuanya merupakan kes jangkitan tempatan membabitkan warga Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, 19 pesakit sedang menerima rawatan antiviral di hospital dengan tujuh daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sementara itu, 11 pesakit lagi sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
''Jumlah terkumpul kes H1N1 setakat hari ini adalah sebanyak 1,302 kes termasuk empat kematian dan daripada jumlah itu 574 kes merupakan kes import manakala 728 kes jangkitan tempatan.

''Daripada jumlah ini, 1,272 pesakit telah sembuh," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, daripada 36 kes baru yang dilaporkan itu, 32 kes merupakan kejadian daripada tujuh kluster baru, tiga kejadian daripada satu kluster sedia ada dan satu kes lagi merupakan kes sporadik atau terpencil.

Mohd. Ismail menjelaskan, seorang gadis berusia 22 tahun yang dikategorikan sebagai sporadik telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Mangsa mulai demam pada 23 Julai lalu dan dimasukkan ke hospital pada 28 Julai, dia didapati menghidap radang paru-paru dan sampel tekak mengesahkannya positif H1N1 pada keesokan hari.

Mengenai situasi global pula, beliau memberitahu, empat negara baru iaitu Georgia, Kazakhstan, Kosovo dan Swaziland telah mengesahkan kes jangkitan H1N1.

''Sebanyak 176,722 kes dengan 1,166 kematian dilaporkan di 163 negara," katanya.

Read more...

Impian Tercapai

>> Sabtu, 25 Julai 2009

13 Julai 2009, melapor diri di Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun,Bukit Mertajam,Pulau Pinang.


IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN
MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
KURSUS : BM/PJ/PSV
AMBILAN : JULAI 2009
KOD : S010M6J6VP
MENTOR : EN. MUHAIYUDDIN BIN MOHAMED AZIZI


MOHAMAD FIQRY BIN ZAINAL ABIDIN

MOHD FIRDAUS BIN NOORAZMI

MUHAMAD IKRAM BIN AHMAD ZAMRI

MUHAMAD NAZRI BIN MAHMUD

MUHAMAD SYAZWAN BIN MOHD SHUKRI

MUHAMMAD REDWAN BIN JABAR

ZULFADHLI B AHMAD

NADZIRAH BINTI MOHD JASZARI

NOR IZWANIS BINTI YAAKUB

NURFARHANA BINTI RAMLI

NURHIDAYU BT RAFIEE

NURUL NAZIERA BINTI MOHD NOH

NURUL SHANIZA BINTI KHAIRUDIN

SITI AISYAH BT. KAMARODIN

SITI NABILLAH BINTI MOHAMAD

SITI NORLELA BINTI SAMION

SYAHFIERA BT SYAHLAN

TUAN NOORHANIS BINTI TUAN HASDI

Read more...

Tentang Blog Ini

Blog ini adalah coretan pengalaman dan catatan sepanjang perjalanan hidupku menuju puncak impian.

Mutiara kata

"Sesuatu yang hebat tidak mudah dicapai
tanpa pengorbanan dan minat mendalam"

Wasiat

Imam As-Syafie memberi wasiat: "Hati adalah raja di dalam diri.Oleh itu luruskan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iring-iringan pasukan kebatilan."

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP